Sedihnya..Rakyat Palestin Menderita, Kita Bergembira
Setiap kali melihat berita tentang penderitaan rakyat Palestin,rasa nak menitis air mata. Apa yang boleh kita buat untuk membantu? Apabila melihat keangkuhan Amerika dan Israel, sakitnya hati sedangkan umat islam kini berjumlah lebih dari 1 Billion orang.Ia adalah 1/6 daripada penduduk dunia.
Palestin dikelilingi oleh negara islam, tetapi tiada yang tampil membantu. Malah Mesir enggan membuka sempadan untuk penduduk Gaza mendapatkan bekalan makanan dan ubat ubatan. Mesir takut negara mereka dipenuhi pelarian Palestin.

Kanak Kanak Palestin Terkorban
Kanak kanak palestin ramai yang cedera dan terkorban. Anak anak ini akan terus berjuang apabila mereka dewasa kelak. Palestin telah dipilih sebagai bumi syahid. Ramai pejuang islam yang terkorban, namun pasti ada yang menganti untuk meneruskan perjuagan untuk membebaskan bumi Palestin.
Perang Israel-Palestin ini adalah berat sebelah. Israel dengan senjata yang canggih dan terkini. Pejuang islam hanya mengunakan roket buatan sendiri. Media barat pula mengambarkan seolah olah mereka mempunyai kelengkapan yang setanding.Sedangkan perkara sebenar, ia seolah olah diibaratkan langit dan bumi. Rakyat Palestin yang berjuang untuk membebaskan negara mereka dilabelkan sebagai pengganas.
Hamas dipilih menerusi pilihanraya terus dilabelkan pengganas. Dunia kononnya mahukan demokrasi, setelah Fatah iaitu kerajaan boneka mereka tewas dalam pilihanraya, mereka tidak mengiktiraf kemenagan Hamas. Dunia yang kononnya mengutuk pembunuhan politik, ia dilakukan sewewang wenangnya oleh Israel dan tiada seorang pun mempertikainya?
Apakah nyawa orang islam tidak bernilai langsung? Adakah nyawa kanak kanak palestin tidak bernilai langsung?
Pemimpin Hamas dibom seberat 1 tan yang mengorbankan hampir seluruh ahli keluarganya. Pengasas Hamas yang buta,dibom sehingga berkecai.
Sejak bermula serangan israel yang terbaru ini. Lebih dari 530 rakyat Palestin terkorban dan lebih dari 2000 yang tercedera sedangkan hanya seorang askar Israel terkorban dan 55 tercedera. Saya pasti yang tercedera tersebut hanya tercalar sedikit sahaja. Ia adalah 1:530 bagitulah nilai nyawa rakyat Palestin.
Al Fatihah untuk rakyat Palestin yang terkorban dan syahid.
Al Fatihah
-
-
-
Bersamala kita berdoa agar Israel akan mendapat kekalahan yang teruk. Boikot barangan US dan Israel.
Negara Islam adalah pengeluar minyak yang terbesar tetapi semuanya penakut dan hanya mengikut telunjuk Amerika. Jika Iran dan Arab Saudi mengunakan kuasa minyak, ia sudah cukup memadai untuk membuatkan ekonomi Amerika lumpuh kerana mereka adalah pengeluar minyak terbesar di dunia. Iran bersetuju untuk mengunakan kuasa minyak, tetapi Arab Saudi diperintah oleh boneka Amerika. Ia tidak akan berkesan jika hanya Iran yang bertindak.
OIC pula hanya berkata.. OOOO…I…CCCC
Hanya bercakap tetapi tiada tindakan seperti biasa.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Star2u adalah eksploitasi artis?
Baru baru ini saya ada lihat dalam Melodi pelancaran Star2u iaitu kumpulan bagi membantu artis dalam perniagaan UPtrend. Bagi saya ia seolah olah ingin mengunakan nama nama artis untuk melariskan perniagaan uptrend. Saya juga merupakan pembaca tetap blog Ustaz Zaharuddin.
Malah ustaz Zaharuddin telah membincangkan tentang hukum Uptrend ini di blog beliau. Terlalu perkara yang meragukan dan ada yang menjurus kepada perkara haram dalam perniagaan mereka. Anda boleh membaca artikel dari Ustaz Zaharuddin di http://www.zaharuddin.net/content/view/567/95/.
Saya ambil sedikit artikel beliau:
Bagus, tapi masalahnya, contoh di atas menunjukkan ada ahli yang bertindak seperti pencari ‘kepala’ atau ‘head hunting’ dan bukan menjual produk. Benar, kesilapan seorang tidak boleh dikenakan kepada seluruh skim. Masalahnya, bukan seorang tapi cukup ramai yang sebegini, terlalu banyak laporan yang saya terima demikian, menyebabkan sekali imbas, saya merasakan ini adalah skim cepat kaya kerana mencari kepala tanpa mengendahkan produk. Justeru, adakah info di web uptrend ini benar-benar di fahami oleh ahli mereka ??
Persoalannya adakah artis berkenaan faham tentang perniagaan tersebut? Lihat komen artis dalam Melodi, rata rata mereka sokong sebab penaungnya seorang terkenal dalam dunia hiburan.Rasanya mereka tak faham bagaimana Uptrend beroperasi. Memang Uptrend melahirkan 2 orang jutawan dari kalangan artis. Tapi berapa ramai yang jadi mangsa kerana termakan pujukan konsep “head hunting” ini.
Malah menurut fatwa ulamak Indonesia,
Menurut majlis fatwa Indonesia, barangan yang dijual dengan harga jauh melebihi harga pasaran adalah haram. Sila buka fatwa mereka di sini.
Ustaz Zaharuddin berkata;
Menurut seorang rakan dan pensyarah yang mempunyai PhD dalam Shariah dan undang-undang serta merupakan pakar kewangan Islam di Malaysia dan antarabangsa yang berkaliber. Produk-produk yang tidak mempunyai nilai yang benar-benar diperlukan ketika dibeli adalah sebenarnya palsu sahaja. Ia dinamakan ‘conduit’ atau pemangkin untuk mengabui mata orang ramai dan penguasa tentang sifat piramid skim mereka. Lalu beliau berpendapat ia haram. Hal ini tetap terjadi walaupun syarikat tersebut mempunyai produk, ia terjadi apabila pengempen menggunakan ayat seperti yang digambarkan di atas iaitu :
“kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit.”
Saya berharap artis dalam mengkaji terlebih dahulu. Ini adalah kerana hasilnya nanti akan dimakan kepada anak dan isteri. Sanggupkan berikan mereka hasil yang haram? Orang ternama tak semestinya betul. Malah Pengurus Wall Street, Bernie Madoff kini didakwa kerana menganjurkan skim cepat kaya di Wall Street iaitu pasaran saham terbesar di dunia.Beliau dah kapur USD50 Billion. Ini kan pula di Malaysia yang kecil aje ni.
Jangan pulak terjadi “harapkan pagar, pagar makan padi”.
Matlamat untuk membantu artis adalah tindakan yang bagus. Tapi dengan MLM adalah suatu yang perlu dinilai kembali. Terdapat banyak lagi perniagaan lain. Takpun bantu artis melariskan jualan album,filem atau karya mereka. Jika nak MLM jugak, cari MLM yang patuh syariah kerana ia dipantau oleh ahli agama atau panel syariah yang bertauliah. Ini akan memastikan perniagaan tersebut halal dan jugak tidak meragukan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
USD401.50 Je dari DotComSecret.com Russell Brunson
Baru baru ini Rusell Brunson ada mengadakan pertandingan From Zero to 100 Million Dollar. Siapa yang refer orang ke contest berkenaan akan diberikan USD1. Saya ada menghantar email tentang bagaimana untuk membuat USD1 yang pertama di internet menerusi program pay per lead ini.
Saya menerima ratusan email yang bertanya untuk membuka akaun paypal. Tidak kurang juga yang membalas email saya mengatakan ia hanya menipu dan buang masa. Golongan ini tidak akan dapat membuat buat di internet sampai bila bila jika mengatakan internet bukan tempat buat duit.

DotComsecrets Contest
Ia adalah satu jumlah yang sedikit je rasanya sebab IM lain seperti Shuth mendapat bayaran yang lebih banyak. Begitu juga im lain.
Dulu jika anda menyertainya dan membuat sedikit promosi, mungkin ada diantara anda yang berjaya membuat USD1 yang pertama di internet. Mungkin akan ada pertandingan atau pay per lead lain akan berlangsung nanti. Dunia internet akan subur kerana masalah ekonomi dunia.
Semua orang mula ingin menambahkan pendapatan mereka. Nasihat saya, jangan putus asa dan jangan berhenti untuk belajar.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Mawi Tengah Hot- Debar Malam Pertama Kot
Tanggal 20 Disember 2008 iaitu esok Mawi & Ekin akan berkahwin. Carian tentang pasangan ini pasti akan meningkat mendadak pada hari esok. Boleh dikatakan MAWIN ini adalah pasangan selebriti paling mendapat perhatian pada tahun ni.

mawi dan ekin sedondon
Astro siap buat rancangan tv khas untuk mawi atau tsumawi ni. Al maklum lah Mawi adalah artis mereka yang paling masyuk bawa duit untuk Astro. Anak emas Astro la katakan.
Malam esok pasti menjadi malam paling mendebarkan buat MAWIN (gabungan mawi+ekin) ini. Mawi berwatakan seorang yang macho. Pasti kena usik teruk dek member member nanti.Mesti ada yang bagi hadiah jam loceng,set pukul 12 malam..
Nak “menembak syaitan” kali pertama la katakan. Mawi dah siapkan peluru dah ke? Mesti dah sedia kan.. Apa pun selamat pengantin baru buat Mawi dan Ekin.
Tanggungjawab dah makin besar buat Mawi yang dah bergelar seorang suami dan Ekin yang akan bergelar seorang isteri. Masing masing ada tanggungjawab masing masing. Dalam kehidupan berkeluarga ialah tolak ansur.Ramai artis sekarang ni bercerai berai.Rimas baca berita pasal artis ni. Hari hari ada berita artis cerai. Norman Hakim la, Bell la dan ramai lagi.
Masa bercinta semuanya wangi.Dah kahwin nampak la perangai yang tak pernah nampak sebelum ni. Jadi adalah penting untuk menerima pasangan hidup kita seadaanya. Tiada orang yang sempurna. Kena sentiasa muhasabahkan diri.
Yang pasti ramai yang akan menyerbu Felda Taib Andak masa kenduri kawin Mawi nanti. Leh masuk Malaysia Books of Records nanti.
Yela.Peminat dah habis beratus ringgit mengundi mawi sehingga bergelar raja sms realiti tv. Sampai masa peminat merasa kenduri kawin mawi pulak kan.Saya harap Ekin pun akan terus bertudung. Nampak manis dan sejuk mata memandang.
Kepada mereka yang merancang perkahwinan tu. Rancang la betul betul dan jangan membazir sangat. Ia merupakan hari paling bahagia bagi anda dan anda mungkin merasainya sekali seumur hidup. Ia adalah majlis impian semua orang yang normal.
Kena ingat juga kehidupan lepas kahwin. Kalo orang sponsor banyak macam mawi tak kisah la. Belanja lepas kahwin pun boleh tahan jugak banyak. Bukan masa majlis kahwin je.
Selamat pengantin baru buat mereka yang kawin bulan ni.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Hati Hati Dengan Cimb Phising Email
Biasanya saya dapat banyak phising email dari maybank. Hari ini dapat dari Cimb pulak. Ia bukannya dari CIMB tetapi scammer. Ini adalah kandungan email berkenaan:
Dear CIMB Bank customer,
We are hereby notifying you that we’ve recently suffered a DDos-Attack on one of our’s Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your CIMBClicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.
Here’s how to get started:
1. Log in to CIMBClicks online account .
2. You must request for TAC online via CIMBClicks - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
( you can find the “request TAC” button in the left menu of your account )3. Logout from your account and close the browser.
4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).
5. Please allow 48 hours for processing.
Mereka menghadapi masalah kerana internet banking mensyaratkan nombor TAC. Jadi mereka telah “membimbing” anda bagi mendapatkan nombor TAC berkenaan. Jika anda berikan, maka hilang la duit anda dalam akaun CIMB tu.
Jika anda mendapat email sebegini. Abaikan sahaja. Ini adalah kerana bank tidak akan menghantar email. Bank akan menghantar surat rasmi ke alamat anda dan meminta ke cawangan mereka jika terdapat sebarang masalah.
Saya betul betul berharap tiada lagi rakyat malaysia yang tertipu dengan taktik email phising ini. Saya pelik kerana masih ada orang yang terkena sedangkan pihak bank dah letakkan kat website diorang tentang phising email ini. Phising email bermaksud email bagi tujuan mencuri identiti anda seperti username,password dan TAC sebagaimana email scam diatas.
Harap anda dapat menghebahkan kepada rakan rakan @ keluarga anda tentang taktik ini. jangan biarkan rakan/keluarga anda menjadi mangsa.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



